Pensyarah FIK, Zaami Mohamad berkata, program itu diadakan bertujuan untuk memupuk minat mahasiswa khususnya pelajar tahun akhir bagi menyumbang sesuatu kepada komuniti.

“Aktiviti ini juga sebagai satu dorongan dan galakan kepada pelajar untuk membina sahsiah diri yang terpuji dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.

“Beberapa aktiviti telah dijalankan bersama para pelajar sekolah seperti perbincangan berkumpulan dan jelajah kejayaan,” katanya.