Pengarah program, Mohd. Ashraf Hanapi berkata, kesemua peserta merupakan penuntut yang mengambil subjek Khidmat Masyarakat dan mereka melahirkan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab mengekalkan kebersihan alam sekitar.

Jelasnya, program itu juga diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan semangat kesukarelawan dalam diri setiap peserta.