Program yang dianjurkan oleh pelajar Universiti Selangor (Unisel) itu merupakan salah satu inisiatif untuk memberi kesempatan kepada golongan anak-anak yatim tersebut supaya dapat merasai pengalaman melawat Petrosains yang terletak di dalam pusat beli-belah terkemuka itu.

Selain itu, program lawatan sambil belajar tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan bidang sains, teknologi dan inovasi yang semakin maju pada masa kini kepada kanak-kanak berkenaan.