Program yang bertemakan Membudaya Penyelidikan ke Arah Kecemerlangan melibatkan gabungan pelajar Projek Penyelidikan Tahun Akhir, Kertas Projek Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah.

Penyelaras projek, Marhana Mohamed Anuar berkata, objektif bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penulisan dan pemilihan artikel jurnal secara efektif.