Mereka telah memperkenalkan model inovasi perniagaan yang bertajuk Improving the Security Within One Belt One Road Region Using Artificial Intelligence yang diselia di bawah Pengarah Pusat Antarabangsa UMT, Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob.

Pelajar-pelajar berkenaan menerima hadiah wang tunai RMB1,000 (RM623), sijil penyertaan berserta plak.

Pensyarah pengiring pasukan UMT, Dr. Tan Min Pau pula menerima hadiah jurulatih terbaik sekali gus menerima sijil serta wang tunai RMB500 (RM311).