Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, kesemua pelajar tersebut telah menjalani program 2U2i di Firma Pengajaran Perakaunan hasil kerjasama UMT dan sebuah firma pengauditan, Salihin Chartered Accountant (SAC).

“Pada program itu, lima pelajar telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Mereka terdiri daripada Muhammad Hakim Amir Hamzah, Siti Nur Sabreena Supardi, Lim Pik Yee, Tengku Farah Hanim Tengku Mat dan Shafiq Hazizi Shaipul Bahari.

“Selain sijil penghargaan, mereka turut menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM500 sumbangan SAC,” katanya.