Ketua Projek, Ahmad Fitri Hakim Ahmad Hasim berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama penduduk Kampung Jalan Jelebu itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kursus Senaman Rehabilitasi Gunaan.

“Selain melengkapkan keperluan kursus, mereka juga dapat memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan dan kemahiran bagi amalan gaya hidup sihat kepada komuniti yang terlibat.

“Program yang berlangsung di Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng dari pukul 7 pagi hingga 9 malam itu diharap mampu menaikkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta UiTM Shah Alam di mata masyarakat,” katanya.