Program itu bertujuan melatih dan melahirkan individu yang proaktif serta peka dengan masyarakat luar selain menjadi platform kepada masyarakat untuk berkongsi pendapat.

Nursyaidatul Kamar Md. Shah selaku penasihat program tersebut menyatakan, penganjuran seperti itu dapat mendedahkan potensi diri pelajar terbabit khususnya dalam kemahiran pengucapan awam yang mereka pelajari.