Penyelaras program, Arinawati Ab. Rahman berkata, program itu dianjurkan oleh peserta Program Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan, Institut Aminuddin Baki cawangan Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Menurutnya, acara berkenaan bertujuan menerapkan nilai murni dan membentuk sahsiah pelajar.

“Pelajar dapat mempelajari adab makan secara berhemah dan sopan menerusi aktiviti pertandingan meja angkat yang mana peserta perlu menjaga kebersihan meja tersebut semasa waktu rehat.

“Peserta program itu diberikan pendedahan mengenai kaedah pemakanan sihat,” ujarnya.