Seramai 120 pelajar berusia enam tahun menyertai perkhemahan itu yang dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Layar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Kedah.

Setiausaha perkhemahan itu, Samsida Shahrudin berkata, penganjuran program itu bertujuan menanam sikap menarik pelajar menyertai aktiviti luar dengan pelbagai kegiatan berfaedah.

Katanya, antara 20 buah sekolah yang menyertai perkhemahan itu termasuk Piraya Nawin Klonghin Wittaya School, Saengprathip Wittaya Mulniti School, masing-masing dari Thailand, Regent International School Sungai Petani, SK Bayan Baru, Pulau Pinang dan SK Kamunting, Perak.