Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Nor Hayati Sa’at berkata, program itu bertujuan menyuntik dan menerapkan nilai menghargai sejarah serta warisan Tasik Kenyir dalam kalangan generasi muda.

“Lukisan dan esei berkenaan juga akan menjadi input kepada penerbitan buku khas berkaitan sejarah dan warisan Tasik Kenyir yang bakal dikeluarkan pada masa terdekat,” katanya.