Menurut Pengarah Pusat Citra UKM, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, bengkel itu bertujuan memberi pengetahuan kepada mahasiswa berkenaan mengenai falsafah program pengajian baharu itu.

Katanya, program berkenaan menjurus kepada pendekatan ‘Pembelajaran Berasaskan Pekerjaan’.

Hadir sama Naib Canselor UKM, Tan Sri Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Marzuki Mustafa.