Dalam program itu, pelajar daripada Graduate School of Business (OYAGSB) itu membantu penduduk memperbaiki kemudahan asas keluarga yang terlibat seperti mengganti dinding dan bumbung mengecat rumah.

Pensyarah OYAGSB, Dr. Gunalan Nadarajah menyifatkan aktiviti itu sebagai satu platform bagi pelajar memupuk semangat kerjasama dan menggalakkan sumbangan kepada komuniti.

Program ini turut melibatkan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat dan Lembaga Pembangunan Langkawi.