Program yang dianjurkan pelajar tahun satu Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat itu turut mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat.

Pengarah program, Mohd. Fairuz Jamaludin berkata, tujuan utama aktiviti gotong-royong itu adalah bagi menanam semangat cintakan masjid dalam kalangan pelajar dan juga masyarakat setempat.