Jurucakap KIS berkata, selain menimba ilmu al-Quran daripada Pengerusi Qurra’ Tunisia, Sheikh Uthman al-Andari, kesemua pelajar yang sedang mengikuti kursus Miftah al-Ilmi itu diberi peluang untuk melawat ke tempat sejarah Islam kesan peninggalan sahabat Rasulullah SAW.

“Program tahunan ini akan diteruskan ke Maghribi dan United Kingdom tahun depan,” katanya.