Menurut Pengerusi Penduduk Seksyen 23 Fasa 3, Arif Abdullah, program tersebut membuktikan golongan pelajar dan masyarakat mampu bergerak seiringan dalam menjayakan program rekreasi.

“Kita mengalu-alukan kehadiran 200 pelajar dari CIAST bersama tetamu kehormat untuk menjayakan sukaneka seperti lari dalam guni, tiup belon hingga pecah dan cari duit dalam tepung. Program ini mampu memantapkan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Acara itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah CIAST, Mohamad Abdullah.