Penyelaras program, Mohd. Athras Abdul Basir berkata, kursus itu merupakan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor.

“Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan tanah kubur, seni bina dan landskap perkuburan Islam yang lebih kemas, teratur dan moden,” katanya.