Mereka merupakan kumpulan terakhir daripada keseluruhan 79 pegawai dan 770 anggota yang menyertai misi berkenaan.

Malbat 850-6 mula bertugas di negara berkenaan pada September 2017 hingga September tahun ini.

Ketibaan pasukan itu di Pangkalan Udara Subang, Selangor disambut oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.