Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Mohd. Ikram Shafiq Rohadi berkata, pasukan Marang mengetepikan lima pasukan daerah lain yang turut menyertai pertandingan terbabit.

“Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Terengganu ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid sekolah rendah di seluruh negeri ini dalam sukan ragbi,” katanya.