Program tersebut merupakan aktiviti rekreasi bersama golongan belia bagi melahirkan golongan berketrampilan serta berkebolehan dalam aktiviti sukan.

MENANG. Pasukan Futsal Kelana Kedah muncul juara pada pertandingan futsal sempena Karnival Sukan Belia Negaraku Persekutuan Pengakap Malaysia di daerah Yan, Kedah baru-baru ini.

Program tersebut diadakan antara lain bagi melahirkan golongan berketrampilan serta berkebolehan dalam aktiviti sukan.

Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim, mewujudkan persefahaman dan mengukuhkan integrasi antara kaum.