Ridzwan berkata, pertemuan yang dirancang lebih dua tahun lalu itu melibatkan alumni UUM daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti tersebut.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali dan Pengarah Pusat Alumni UUM, Dr. Muslimin Wallang.