Penaung Orang Bukit Malaysia (Orkita), Syah Rizan Saidan berkata, pendakian kali ini sangat mencabar kerana pendaki perlu mengharungi air sungai deras, trek yang licin dan cuaca sejuk melampau.

“Kami berjaya melepasi semua cabaran itu. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah para peserta apabila mereka dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah ketika berada di puncak gunung keenam tertinggi di Semenanjung itu,” katanya.