Jurufoto UMT, Muhammad Sharwan Abdul Ghani berkata, beliau sempat menyertai dan merakam keunikan program yang dikhaskan bagi golongan OKU itu.

“Saya diberi kesempatan merakam detik yang penuh bermakna sepanjang karier sebagai jurufoto kerana program menyelam ini julung- julung kali diadakan di laut terbuka untuk golongan OKU.

“Di kawasan pulau yang berpasir sememangnya menyukarkan golongan tersebut untuk bergerak seperti makan, mandi, naik dan turun bot serta persiapan memulakan selaman.

“Keadaan itu membuatkan saya rasa amat bersyukur dan kagum dengan semangat yang mereka miliki,” katanya.