Majlis yang diadakan itu adalah sebagai simbolik genap 32 tahun berkhidmat dengan PDRM sejak tahun 1986.

Menurut jurucakap program, Muhammad Hisham Mohamad Aripin, majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim setelah sekian lama terpisah kerana tugasan.

“Ada di antara kami yang sudah lama terputus hubungan setelah tamat tempoh berkhidmat kerana masing-masing telah berpindah dan membawa haluan sendiri dengan tugasan mereka,” katanya.