Pengasas Najjah, Nurul Azwin Musa berkata, majlis tersebut merupakan usaha untuk meraikan kejayaan syarikat berkenaan bersama anak-anak yang kurang bernasib baik sekali gus memberi kegembiraan kepada mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak kami untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Najjah dengan anak yatim terbabit,”katanya.