Timbalan Setiausaha Agungnya, Ahmad Taif berkata, selain aktif dengan aktiviti-aktiviti permotoran, mereka juga melibatkan diri dalam arena sukan seperti badminton, futsal, go-kart, paintball, mendaki gunung dan berbasikal.

Bagaimanapun, bola sepak merupakan aktiviti utama kelab itu.

Pada perlawanan bola sepak persahabatan di TSI Sports Arena Cyberjaya, Selangor 
baru-baru ini, myOdysseyclub menewaskan MNRB FC 2-0.