Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Suri Arini Samsuri berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan basikal merdeka, hiasan kelas merdeka, program bermalam di muzium serta koir merdeka yang bertujuan untuk memupuk semangat cinta kepada negara dalam kalangan murid-murid berkenaan.

“Semua aktiviti ini dikelolakan oleh 30 orang guru dan ia berlangsung sepanjang bulan Ogos lalu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62 dengan matlamat untuk menyemai semangat dan erti sebuah kemerdekaan dalam kalangan murid di SMK Alam Megah 2,” katanya.