Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman, berkata sumbangan itu hasil kutipan derma ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kecil, Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia.

“Ia disampaikan Pengerusi Cawangan berkenaan, Datin Saidah Baharom kepada Pengurus Kanan MRA, Fauziah Tahar pada majlis ringkas di premis Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini,” ujarnya.

Daud berkata, individu atau organisasi yang prihatin terhadap nasib Rohingya boleh menyumbang kepada tabung berkenaan menerusi akaun CIMB 86000 59478 atas nama pertubuhan tersebut.