Pengerusi MPHEM, Y. Chandran berkata, penubuhan majlis itu dilakukan bagi menyelaras dan mempertingkatkan kemahiran guru-guru penolong
kanan dalam pengurusan murid di
sekolah.

Turut hadir melancarkan penubuhan MPHEM itu ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Mohd. Jaluli Yahya dan Penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat Dewan Undangan
Negeri Sungai Air Tawar, Hassan Jureme.

Terdahulu, kesemua GPK HEM
Daerah Sabak Bernam menyertai bengkel itu bagi mendalami aspek pengurusan hal ehwal murid di sekolah masing-masing.