Penasihat MMYC, Datuk Jawahar Ali berkata, majlis itu memberikan peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai kemeriahan bulan Ramadan khususnya berbuka bersama-sama masyarakat setempat.

Anak-anak yatim berkenaan adalah dari Madrasah Hashimiah, Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha dan Rumah Kebajikan Noor Manzil.

Mereka turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar. Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran.