Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan para petugas media yang banyak memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal berkata, beliau mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan media yang kebanyakannya dikenali sejak mula menceburi bidang politik.

“Walaupun kita selalu berjumpa semasa tugasan tetapi ruang untuk bermesra terhad, lantas kita anjurkan majlis ini yang berlangsung dalam suasana santai,” kata beliau.