Ketua Pegawai Korporat MBSB Bank, Azlina Mohd. Rashad berkata, majlis berbuka puasa tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat yang diadakan setiap tahun untuk menyerikan lagi suasana bulan Ramadan dan persiapan hari raya untuk golongan memerlukan.

“Kesejahteraan anak-anak yatim sememangnya sentiasa diambil berat oleh MBSB Bank dan kami sentiasa berusaha untuk menyumbang ke arah memperbaiki taraf hidup mereka,” katanya.

Azlina berkata, setiap rumah kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM30,000 dan duit raya turut diberikan kepada anak yatim yang hadir dalam majlis tersebut.