Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata kunjungan tersebut amat bermakna sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi kegembiraan bagi meraikan kelahiran bayi pada tarikh tersebut.

“Pada 10 Oktober 2000 iaitu 18 tahun yang lalu, MBSA telah dinaiktaraf daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.

“Pihak Majlis telah menyumbangkan hamper berupa kelengkapan bayi berharga RM100, dan juga wang tunai RM50 kepada bayi yang lahir pada tarikh berkenaan,” katanya.