Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Tarik Tali Muhibah Negeri Sembilan itu disertai 12 pasukan.

Kumpulan MBSA A berjaya menewaskan Team DBKL pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 berserta piala iringan.