Peperiksaan awam tersebut ialah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf berkata, program tersebut yang diadakan sejak 33 tahun lalu itu merupakan komitmen pihaknya dalam menyokong pertumbuhan pendidikan anak-anak kakitangan Maybank.