Imam Masjid Jamek Pekan Kodiang, Fauzi Othman berkata, sumbangan sempena program menyantuni anak-anak yatim itu bertujuan menggembirakan kanak-kanak tersebut menjelang hari lebaran tidak lama lagi.

“Anak-anak yatim berusia antara enam hingga 15 tahun tersebut gembira apabila mereka dapat memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai pada 1 Syawal nanti,” katanya.