Majlis itu diadakan bagi mendoakan kesejahteraan bakal jemaah tersebut yang merupakan ahli kariah masjid berkenaan di samping melahirkan rasa syukur kerana dapat menyahut panggilan sebagai tetamu Allah ke Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Sempena majlis itu, pihak pengurusan masjid mengadakan program tahlil dan doa selamat untuk para bakal jemaah haji tersebut.