Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS), Kapten Izham Ismail berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, pihaknya berbangga kerana dapat membawa kesemua para pelajar yang telah berjaya menjulang nama negara ke persada antarabangsa.

"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan yang menarik dan sebahagian kecil sumbangan yang diberikan ini mencerminkan sokongan kami bukan sahaja dalam pendidikan formal, tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum yang melengkapkan pembelajaran akademik," katanya.

Kesemua pelajar turut diterbangkan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH122.