Pegawai Pemerintah 6 RRD Kem Ulu Tiram, Leftenan Kolonel Mohd. Adlie Mohd. berkata, program seumpama itu dianjurkan dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan setiap anggota dan keluarga di kem tersebut.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan program seperti sukaneka, gerai pameran dan jualan, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.