Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Mohd. Nizar Yusof berkata, sebanyak tujuh anugerah yang dipertandingkan sempena malam apresiasi itu.

Tujuh anugerah tersebut adalah Anugerah Khas Pengakap Istimewa, Anugerah Krew Pengakap Kelana Terbaik, Anugerah Program Pengakap Peringkat Negeri Terbaik, Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terbaik, Anugerah Pemimpin Pengakap Wanita Terbaik, Anugerah Khas Mrs. Personaliti dan Anugerah Khas Mr. Personaliti.

Beliau berkata, malam apresiasi itu diadakan buat julung-julung kali bagi memberi pengiktirafan kepada warga PPM yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti di peringkat kumpulan, daerah dan negeri masing-masing.