Penasihat Team Tol, Mohd. Zaini Rosli berkata, majlis itu diadakan untuk merapatkan semula silaturahim dan ukhuwah antara ahli-ahli kelab dan rakan-rakan 14 Brotherhood 32 Delegasi.

“Pertemuan itu menjadi lebih menarik apabila ia turut dihadiri ramai sahabat lama yang pernah mewarnai aktiviti permotoran pada era 1980-an dan 1990-an,” katanya.