Majlis tahunan itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekerluagaan antara kakitangan PUNB yang telah banyak menabur jasa di syarikat tersebut.

Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah PUNB, Azwan Nazri Baharuddin, Nurjesmi Mohd Nashir, Zarir Mohd Salleh, Datuk Dr. Sabirin Ja’far dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Abdul Jammi Abdul Karim.

Majlis turut menyaksikan penyerahan duit raya kepada dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Keramat dan Asrama Darul Falah, Cangkat Persekutuan, Kuala Lumpur.