Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Muhammad Syukri Hashim berkata, ketiga-tiga anggota yang diraikan itu ialah Yaacob Ishak, 57, Ruslee Ahmad, 57, serta Muhammad Sopie Othman, 55.

“Majlis makan malam ini turut dihadiri seramai 20 orang bekas anggota bomba yang bersara pada tahun 2008 hingga 2017 bersama ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Menurutnya, sijil penghargaan kepada ketiga-tiga pesara berkenaan disampaikan oleh Penolong Pengarah Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Nazri Zakaria.