Pengarah Program, Muhammad Syawal Md. Din berkata, program yang julung kali diadakan itu akan dijadikan aktiviti tahunan pada tahun-tahun akan datang.

“Saya berharap program khidmat masyarakat yang diadakan seperti ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang ditetapkan.

“Program melibatkan tiga pusat komuniti iaitu Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi, Asrama Anak Yatim dan Miskin Baitul Ehsan serta Pusat Jagaan Kasih Taman Jati, Kuala Nerang,” katanya.