Pengarah projek, Ismail Abd. Rashid berkata, sambutan yang amat menggalakkan daripada sanak-saudara memberi inspirasi untuk meneruskan program yang sama pada masa depan.

“Alhamdulillah, turut serta ialah satu-satunya anak Haji Sasi dan Hajah Saptiah yang kami panggil sebagai Chu Mon (atau nama sebenarnya, Maimunah), kini berusia 83 tahun,” katanya.

Majlis diserikan juga dengan jamuan antaranya hidangan lemang dan rendang ayam, nasi lauk kampung, rendang itik dan kuih-muih.