Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail berkata Pegawai sumbangan itu diberikan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas bagi meringankan beban mereka sempena menyambut Dee­pavali.

“Sumbangan ini diberikan kepada golongan kurang berkemampuan dengan menyumbang barangan keperluan asas se­perti beras, gula, kordial dan sebagai­nya.

“Sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada mereka ketika men­yambut perayaan ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Kota Tinggi, Zabidee Abas dan Yang Dipertua MDKT, Saipol Rahman.