Program selama tiga hari itu mendapat kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun, Pusat Peduli Rakyat Kota Siputeh dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Hantu.

Pengetua Inasis Sime Darby, Dr. Rohani Abdullah berkata, semua mahasiswa yang terlibat ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing dari sekitar Jerlun.

“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pemberian sumbangan barang keperluan asas kepada 20 keluarga asnaf, solat hajat perdana dan diskusi ilmiah," katanya.