Menurut pemilik pusat rawatan tersebut, Mohamed Zaki Itam, kehadiran kumpulan mahasiswa terbabit adalah untuk menyaksikan sendiri kemudahan hospitaliti dan kaedah rawatan yang ditawarkan pihaknya kepada para pesakit.

Katanya, kunjungan tersebut dapat memberi perspektif baharu kepada golongan muda berkenaan teknik pengubatan tradisional yang digabungkan dengan rawatan moden serta kerohanian untuk mendapatkan yang terbaik.

“Kita memberikan mereka pendedahan mengenai teknik rawatan tradisional Melayu dan pengubatan moden yang disediakan kepada para pesakit di sini,” katanya.