Penyelaras program, Dr. Rosazlin Abdullah berkata, program itu bertujuan untuk mendekati warga Kampung Sentosa melalui beberapa aktiviti antaranya motivasi akademi, riadah bersama belia, malam kebudayaan, perkongsian ilmu alam sekitar dan lawatan ke Rumah Kebajikan Sri Sayang.

“Sesebuah komuniti luar bandar boleh ditambah baik sama seperti komuniti di bandar raya. Jarak yang jauh dari kepesatan pertumbuhan ekonomi dan kemudahan asas kelas pertama, bukan menjadi penghalang jika penduduknya turut sama menikmati bentuk sokongan sosial dari komponen masyarakat lain yang berkemahiran,” katanya.

Mahasiswa UM turut berkongsi kemahiran menghasilkan baja kompos dari sisa makanan sekali gus membantu penduduk untuk sama-sama berusaha melestari alam sekitar.