Pengetua kolej kediaman itu, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri berkata, program tersebut mendapat kerjasama daripada Skuadron Semboyan Diraja, Kem Mahkota Kluang, Johor.

“Program ini dilaksanakan untuk menggilap sifat kepimpinan dan semangat berpasukan setiap peserta,” katanya.

Jelasnya, ia juga merupakan sebahagian daripada persediaan untuk menguruskan program orientasi mahasiswa dan mahasiswi baharu bagi sesi akademik akan datang.